Saya dalam proses membina aplikasi bagi menentukan kos pengurusan
mengikut kaedah yang lain ... secara langsung dan tidak langsung.
Kebiasaannya kaedah ini diguna pakai oleh Pengurus Tapak
atau Pengurus Projek untuk mengawasi Bajet atau Pembelanjaan
pengurusan (Tanpa Kos Bahan) semasa projek sedang berjalan.
Dalam bahasa Inggeris "Loading Method"
Kos Langsung adalah seperti upah buruh, sewa mesin/loji dan peralatan
yang telah atau sedang digunapakai sepanjang kerja berjalan.
Kos Tidak Langsung adalah seperti gaji kaki-tangan pengurusan tapak,
sewa kemudahan pejabat dan lain-lain, tempat tinggal dan peralatan pejabat
yang telah atau sedang digunapakai sepanjang kerja berjalan.
Masa dan Perancangan Kerja akan bersangkut paut bagi kaedah ini.
Contoh : Bagi Kerja Pembersihan Kawasan projek ...
(a) Berapa dan apa jenis mesin/loji diperlukan,
(b) Berapa orang buruh seperti operator mesin/loji
dan buruh am diperlukan,
(c) Apa jenis peralatan sampingan diperlukan
seperti janakuasa atau pam air dan sebagainya.
Di atas adalah contoh Kos Langsung
Harap semua pengunjung laman blog saya bersabar dan kekal menjadi pelawat blog.
SEMOGA APA YANG DIMUAT NAIK DALAM BLOG INI BERGUNA .. sms