Jika Anda Telah Memperolehi Kontrak Kerja
Dan Belum Membuat Keputusan
Samaada Mahu Melaksanakan Projek Tersebut Sendiri Atau Sebaliknya.
Di Sini Saya Coretkan Sedikit Panduan Dan Nasihat.
Fikirkan Dan Renungkan Kaedah Berikut :
1. Memberikan Semua Projek Kepada Sub Kontraktor
Kebaikan - Dapat Memperolehi Keuntungan Tanpa Memerlukan Usaha Dari Segi Pengurusan Dalam Urusan Pembinaan (Bahan Binaan Dan Perlaksanaan Kerja).
Keburukan - Tidak Dapat Belajar Dalam Urusan Pembinaan (Bahan Binaan Dan Perlaksanaan Kerja), Lokaliti (Pengeluar Bahan Binaan, Buruh Dan Mesin/Peralatan), Logistik (Penghantaran), Kadar Harga (Bahan Binaan, Tenaga Buruh Dan Mesin/Peralatan), Tenaga Kerja (Bidang Kemahiran), Mesin/Peralatan (Kebolehan/Bidang Kerja), Kawalan Mutu Kerja (Kualiti Atau Mutu), Kawalan Bahan Binaan (Spesifikasi Bahan Binaan), Penjadualan (Tempoh Masa Dan Kaedah Kerja) Dan Sebagainya.
2. Memberikan Cuma Sub Kontraktor Buruh Sahaja Dan Bahan Binaan Diuruskan Sendiri
Kebaikan - Dapat Belajar Dalam Urusan Pembinaan (Bahan Binaan), Lokaliti (Pengeluar Bahan Binaan), Logistik (Penghantaran), Kadar Harga (Bahan Binaan), Kawalan Bahan Binaan (Spesifikasi Bahan Binaan) Dan Sebagainya Yang Berkaitan Dengan Bahan Binaan Sahaja Bukan Tenaga Kerja Dan Mesin/Peralatan.
Keburukan - Tidak Dapat Belajar Dalam Urusan Pembinaan (Perlaksanaan Kerja), Lokaliti (Buruh Dan Mesin/Peralatan), Kadar Harga (Tenaga Buruh Dan Mesin/Peralatan), Tenaga Kerja (Bidang Kemahiran), Mesin/Peralatan (Kebolehan/Bidang Kerja), Kawalan Mutu Kerja (Kualiti Atau Mutu), Penjadualan (Tempoh Masa Dan Kaedah Kerja) Dan Sebagainya Yang Berkaitan Dengan
Tenaga Kerja Dan Mesin/Peralatan.
3. Membuat Semua Urusan Pembinaan Sendiri
Kebaikan - Dapat Belajar Dalam Urusan Pembinaan (Bahan Binaan Dan Perlaksanaan Kerja), Lokaliti (Pengeluar Bahan Binaan, Buruh Dan Mesin/Peralatan), Logistik (Penghantaran), Kadar Harga (Bahan Binaan, Tenaga Buruh Dan Mesin/Peralatan), Tenaga Kerja (Bidang Kemahiran), Mesin/Peralatan (Kebolehan/Bidang Kerja), Kawalan Mutu Kerja (Kualiti Atau Mutu), Kawalan Bahan Binaan (Spesifikasi Bahan Binaan), Penjadualan (Tempoh Masa Dan Kaedah Kerja) Dan Sebagainya.
Keburukan - Memerlukan Kemahiran Dalam Urusan Pembinaan (Perlaksanaan Kerja), Pengetahuan Lokaliti (Buruh Dan Mesin/Peralatan), Memerlukan Pengetahuan Kadar Harga (Tenaga Buruh Dan Mesin/Peralatan), Perlu Ada Tenaga Kerja (Pelbagai Bidang Kemahiran), Perlu Ada Mesin/Peralatan, Perlu Ada Pengurusan Kawalan Mutu Kerja (Kualiti Atau Mutu), Perlu Mahir Penjadualan (Tempoh Masa Dan Kaedah Kerja) Dan Sebagainya Yang Berkaitan Dalam Urusan Pembinaan (Bahan Binaan Dan Perlaksanaan Kerja),
Ketiga-tiga Kaedah Di Atas
Akan Memberikan Keuntungan Yang Berbeza
Dan Juga Kesulitan Yang Berbeza
Semasa Peringkat Perlaksanaan Projek Nanti.
Pilihlah Kaedah Yang Sesuai Dengan Kemampuan Anda.
SELAMAT MAJU JAYA.
No comments:
Post a Comment